Friday, September 7, 2012

PIZZA

Saya suka sangat menonton Asian Food Channel. Ada Jamie, masak gler sempoi sama ngan Nigella Lawson. Ada Laura Calder dan Anna Olson yang sangat best. Ada Michael Smith yg tinggi gler masak suka pakai baju lengan panjang. Rumah dia siap de bilik store simpan pelbagai bahan masakan. Ada Hugh Fearnley yang belakang umah dia de kebun, cantik sangat..berangan nak wat rumah camtu.

Kalau mesia punya mestilah Chef Wan, Chef Sharson Lian dan Chef Anis yang saya minat. Best Wan syok sangat suke tengok periuk tembaga dia. 5 Rencah 5 Rasa best, sempoi kalau Icip-Icip 10 kali tayang pon nak tengok jugak. Tak jemu-jemu.      

Oh! terlajak cerita lain pulak. hari ini nak berkongsi satu resepi..tadaaaa....PIZZA.


Resepiyer senang aje..
Bahan-bahan:
200g Tepung Gandum
Satu Cawan Air
Satu Sudu Yis
Olive Oil Secukup Rasa
1 Sudu Besar Gula
Garam Secukup Rasa

Bancuh setengah cawan air, yis dengan gula sehingga berbuih kemudian taruh garam
Masuk kedalam bekas berisi tepung
Tuang balance air dan olive oil.
Uli sehingga tidak melekat ditangan.
Tutup dengan kain basah sehingga naik 2 kali ganda


Untuk Sos:
3 Sudu besar Tomato Puri
Bawang Holland potong dadu
Oregano
1 Tin tuna
Garam
Minyak 

Tumis bawang holland. Masukkan tomato puri dan oregano. Kemudian masukkan tuna dan garam. Tutup api.


Amik doh. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Saya terus leperkan dalam bekas besar. Tunggu hingga naik 2kali ganda. bakar sekejap dalam oven.180 darjah celcius. Taruh sos, bawang holand nenas dalam tin dan cheese mazorella dan bakar selama 15-20 minit.


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba!


2 comments:

  1. yum yum..hee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete