Monday, September 10, 2012

Kek Pisang

Saya nak bercerita betapa susahnya nak menulis blog masakan. First time saya mencuba hampir 10 kali saya baca bagi memastikan tiada perkataan yang silap. Tapi itu pon masih belom perfect lg. Baru saya perasan bahasa SMS dah sebati dlm hidup saya. Teruk kan?

Cabaran no. 2 adalah saya selalu lupa resepi yang ada. Kerana saya jenis masak macam jamie dan nigella. Jenis masak campak-campak. Bila nak terangkan banyak mana nak guna saya dah konfius. Hahaha.

Cabaran ke 3 gambar-gambar saya tak cantik. ilmu fotografi belum penuh didada. Hasilnya memg tak memuaskan. Tapi tak apa lah. Saya akan cuba mencantikkanye.

Apapon cabaran-cabaranya saya amat yakin bila kita masak perlunya ada elemen kasih sayang. Bila kita masak dgn penuh kecintaan masakan yang biasa akan jadi luar biasa. Cewah!

Resepi ni dah lama saya simpan.

Kek Pisang





Sunday, September 9, 2012

Aiskrim Limau Nipis

Salam bersiaran.

Semalam penat berkebun. Naik lenguh urat-urat tangan kaki. Dah lama nak pergi kebun yang sekangkang kera tu. Tapi kebizian saja. Semlm lepas si hubby balik kerja terus ajak ke kebun. Sawit yang tanam 4thn lepas tu xpernah diambil. jadi kebun memg semak gler. buat 5 pokok pon dah cik terduduk..haaaaa..semput!

Penat-penat camni kalau pekene ais krim memg maveles kan? jadiyer hari ni nak berkongsi ais krim limau nipis dengan anda semua.

Senang sangat buatye.

Bahan-bahan:
1 Cwn Creamer
1 Cwn Susu
Esen vanila
Sebiji Limau Nipis

Blander creamer, esen vanila dan susu. Masuk dalam peti ais selama 2-3 jam. Keluarkan
Blader lagi sekali dan masukkan dalam peti ais selama 3-4 jam. Keluarkan taruh limau nipis.
Blander sekali lagi dan masukkan dalam peti ais selama 2jam.
Sedia dihidangkan.






Friday, September 7, 2012

PIZZA

Saya suka sangat menonton Asian Food Channel. Ada Jamie, masak gler sempoi sama ngan Nigella Lawson. Ada Laura Calder dan Anna Olson yang sangat best. Ada Michael Smith yg tinggi gler masak suka pakai baju lengan panjang. Rumah dia siap de bilik store simpan pelbagai bahan masakan. Ada Hugh Fearnley yang belakang umah dia de kebun, cantik sangat..berangan nak wat rumah camtu.

Kalau mesia punya mestilah Chef Wan, Chef Sharson Lian dan Chef Anis yang saya minat. Best Wan syok sangat suke tengok periuk tembaga dia. 5 Rencah 5 Rasa best, sempoi kalau Icip-Icip 10 kali tayang pon nak tengok jugak. Tak jemu-jemu.      

Oh! terlajak cerita lain pulak. hari ini nak berkongsi satu resepi..tadaaaa....PIZZA.


Resepiyer senang aje..
Bahan-bahan:
200g Tepung Gandum
Satu Cawan Air
Satu Sudu Yis
Olive Oil Secukup Rasa
1 Sudu Besar Gula
Garam Secukup Rasa

Bancuh setengah cawan air, yis dengan gula sehingga berbuih kemudian taruh garam
Masuk kedalam bekas berisi tepung
Tuang balance air dan olive oil.
Uli sehingga tidak melekat ditangan.
Tutup dengan kain basah sehingga naik 2 kali ganda


Untuk Sos:
3 Sudu besar Tomato Puri
Bawang Holland potong dadu
Oregano
1 Tin tuna
Garam
Minyak 

Tumis bawang holland. Masukkan tomato puri dan oregano. Kemudian masukkan tuna dan garam. Tutup api.


Amik doh. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Saya terus leperkan dalam bekas besar. Tunggu hingga naik 2kali ganda. bakar sekejap dalam oven.180 darjah celcius. Taruh sos, bawang holand nenas dalam tin dan cheese mazorella dan bakar selama 15-20 minit.


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba!


Monday, September 3, 2012

Permulaan

Salam Perkenalan,


Saya adalah pengikut setia bloger-bloger masakan terkenal seperti Masam Manis, HSH, Mat gebu dan banyak lagi. Saya sangat-sangat minat memasak, cuba resepi-resepi yang baru, terokai bahan-bahan baru, saya suka tanam sayur dan saya juga sangat minat menangkap gambar. Saya rasa itu pelengkap untuk saya terus mencipta blog masakan saya sendiri.

Saya sebenarnya sudah lama cipta blog ni supaya saya dapat berkongsi resepi dengan kawan2 blog yang lain. Biasalah masa sentiasa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.

Saya buka mukadimah ini agar saya akan selalu meluangkan masa saya dlm blog ini. Supaya saya dapat berkenalan dengan empunya blog-blog masakan yg semakin berkembang. Supaya pelbagai ilmu masak memasak ini dpt saya pelajari. Amin.

Nama saya Noraatun Binti Mohamad Nor. Terciptanya blog RempahRATUs ini dari ejaan nama saya yg ditengah iaitu RATU. Kebetulan dan ianya nampak menarik.

Minat memasak sudah terlalu lama, tp mungkin disebabkan saya berkahwin dengan org yang tak kuat  makan, jadi minat saya menjadi semakin slow. Pernah dapur saya tak berasap 2 3 hari lamaya.

Saya amat berharap dengan adanya blog ini dpt menaikan semangat saya untuk terus mempelajari bermacam jenis masakan. Harap anda semua dpt membantu saya..