Monday, September 3, 2012

Permulaan

Salam Perkenalan,


Saya adalah pengikut setia bloger-bloger masakan terkenal seperti Masam Manis, HSH, Mat gebu dan banyak lagi. Saya sangat-sangat minat memasak, cuba resepi-resepi yang baru, terokai bahan-bahan baru, saya suka tanam sayur dan saya juga sangat minat menangkap gambar. Saya rasa itu pelengkap untuk saya terus mencipta blog masakan saya sendiri.

Saya sebenarnya sudah lama cipta blog ni supaya saya dapat berkongsi resepi dengan kawan2 blog yang lain. Biasalah masa sentiasa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.

Saya buka mukadimah ini agar saya akan selalu meluangkan masa saya dlm blog ini. Supaya saya dapat berkenalan dengan empunya blog-blog masakan yg semakin berkembang. Supaya pelbagai ilmu masak memasak ini dpt saya pelajari. Amin.

Nama saya Noraatun Binti Mohamad Nor. Terciptanya blog RempahRATUs ini dari ejaan nama saya yg ditengah iaitu RATU. Kebetulan dan ianya nampak menarik.

Minat memasak sudah terlalu lama, tp mungkin disebabkan saya berkahwin dengan org yang tak kuat  makan, jadi minat saya menjadi semakin slow. Pernah dapur saya tak berasap 2 3 hari lamaya.

Saya amat berharap dengan adanya blog ini dpt menaikan semangat saya untuk terus mempelajari bermacam jenis masakan. Harap anda semua dpt membantu saya..

No comments:

Post a Comment